Thursday, 15 November 2012

Bismillah...



Alhamdulillah demam dah baik. tapi still ada saki baki batuk yang xmau n degil nak hilang. its okay, asal dpt baca buku balik cuti ni dah kira menakjubkan. ada org kata "dont take life too serious" okay now aku nk ckp ingat nak main2 ja hiidup ni? kalau camtu buat kerja main2, makan main2, tdo main2, smua menda yg dibuat main2. mmgla hidup ni kat dunia kan. tooooo.... short~! tapi yang tooooo short ni la nk bawak kita kat sooooooooooooooooo long kat Sana nun. so bukan takleh nak main2, boleh, tp berpada2 la. kalau org cakap cuba dengar betul2, n amik point. hurm.. camera aku hilang masa b4 aku nk p langkawi. sedih kan? sp yg curi tu kalau aku tak halal nyusahkan aku kat akhirat kan? so aku kena halalkan. sbb nnt susah. yg nk tergelak, charger cmera tu pencuri tu tak amek. hehehe.. aku gelak ja masa cmera aku kena curi. maybe Allah nk  ganti yg lebih baikkan. sp tau??? ni aku dpt balik jumpa family aku ni kira Allah ganti la ni. best kot dpt balik umah. aku akan ulang menda ni banyak2 kali. bukan nk tunjuk aku ja yg ada mak ayah n ada umah, tapi ...... mmg bestlah!~ so encik pencuri camera, anda takkan dpt bukak cmera tu, sbb charger dia anda tak hamek. haha... nk tergelak. em.. tp jgn risau encik pencuri, aku halalkan. tp kberkatan cmera yg kau guna tu takda la kut. sbb tu barang curi. charger dia susah nk dpt sbb cmera tu aku beli masa kat Jepun. sorry encik pencuri.aku SENGAJA.. :p
okay. banyak kerja menanti aku. BTW, thank you sbb baca post2 aku walaupun aku tau takda sp nak baca. hehe.. :)

Ma'assalama

Tuesday, 13 November 2012

Bismillah..

hurm. ni nak crita pengalaman kat langkawi, aku p trip ni adalah utk research a.k.a. melancong. hehe..penat tapi sangat seronokla. aku ngan kengkawan p MARDI, kilang cheese, n kilan pembuatan gamat. kat situlah bermula aku ngan kenkawan selidik mcm mana cara2 pembuatan2 benda2 tersebut. x lupa jugak tempat2 aku lawat antaranya makam mahsuri (ngeri kot), cable car, dataran helang, pekan kuah, pasir hitam n banyak lagi tempat2 yg aku p. balik2 dari trip mungkin ujian dariNYA aku pun demam.. elok sangatlah tu. aku pun balik perlis sini. aku dapat handle jugak situasi yan agak mencabar bagi aku. bayangkan nak handle 22 org utk trip tu. mungkinla jumlahnya tak ramai. tapi manusia ni pelbagai kerenah, maka Alhamdulillah aku nak cakap kat sini so far semua berjalan ngan lancar :) senyum.....ni antara gambar kenangan aku ngan dorangla. gambar aku x banyak sgt aku amik guna cmera hp aku ni. cmera aku kena curi. so, mmg banyak gambar kat dorang.. harap2 ikatan persahabatan ni kekal sampai bila2 la.. insyaAllah...


Sunday, 28 October 2012


Bismillah..


Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha :) 
tengok kat map tu, aku kat situla (perlis kampungku), raya ni mmgla best. dpt makan daging banyak banyak banyak, tp banyak assignment. aku selsema plak balik cuti ni. maybe sbb terlebih makan daging kut. hehe.. tgk la lagi kat peta tu. kan ke banyak negeri kat situkan.. bermakna jarak bukan pemisahla. heee...walaupun aku kat perlis aku bukan x ingat kwn2 aku kat melaka,johor, pahang,klantan, kl, slangor n negeri yg seangkatan dgnnya. jauh dimata dekat dihati la. hee..cuti 3 hari dh ni aku khatam semua buku yg ada kat umah ni. ada jgk buku baru kat umah ni. mmg kakak aku yg pengasas. x lama lg dia nk p brunei dh. sedih :( nnt balik pun jrg2 :( sedih sedih lagi. huhu.. 

bila tgk balik peta ni teringat aku kat geografi. result utk subject tu. huh.. boleh msok ktegori cap ayam. ntah apa yg aku jwb. tp menda dh lepas.. skg ni belajaqla rajin2.. okaylah. takda menda aku nk cakap. next time anda baca, aku tulis :)Ma'assalama


Wednesday, 17 October 2012

Bismillah...

selesai! (hempas muka kat meja)
rabu dah habis.. fuh.. next week aku balik umah. cuti raya Haji. Best,best,best. x sabaq nk balik..
tapi assignment takyah nak critala, banyak menimbun, after cuti plak banyak sgt test n presentation.
tapi I LOVE UITM! (tiba-tiba) nnt lepas cuti ni mmg kena pastikan habis buat semua past year question utk semua subject. Alhamdulillah.. aku masih boleh makan ngan banyak tetiap hari. aku pun tatau knp. selera makan aku makin bertambah2. hihi.. hmm, nk tgk something x??


hihi... comey gambaq ni. aku jumpa. bukan exam yg stress, org yg nk exam tu yg stress. kesian.. hehe.. jgn tension2, peace! (^_^)v

Sunday, 30 September 2012


Bismillah...



:( :( :( rindu kat adik n kakak aku..
sorang kat melaka, sorang nk berangkat ke brunei.aku kat kelantan.mak ayah kat perlis. bila nk jumpa nih.. last jumpa raya puasa haritu. sedih,sedih,sedih. raya haji ni balik tau, nnt kita jumpa "mata bersinar" (@_@)v nak balik,nak balik,nak balik.

okay, kembali kpd mood asal, tadi baru kelas entrepreneur, sir zuhal cakap, nak p trip. aku pening buat proposal. kalau ke sabah sarawak, yg tu tak kena, yang ni tak kena, kalau p penang, terlalu common sgt, kalau terengganu nk p kilang batik, dorang cakap dekat sgt,kalau nk ke pahang, dorang ckp mcm balik kampung. banyak ja komplennnnn. tp proposal tamau dok se table. bukanla apa. kata kerja group, buatla cara kerja group. kena bebetul komited la. nk p tempat hebat ja. tapi, bila time nk buat kerja semua lari. huhuhu.... its okay.. lumrah kehidupan.sp berusaha dia yg dapat. btl? aku tak rugi btl? aku rasa aku kena wat something utk bagi semua org bergerak kepala otak kaki dan tangan btl? kalau tak smpai bila kan? ada tempoh sebulan lagi, so, kena hati2la. masa ni dhla mencemburui diri ini. bukan satu sbject tu ja nk cover.banyak lagi. okay. masok crita lain plak,

aku nak tergelak bila org cuba nak berlagak ngan aku bawasanya dia tahu segala2nya. hmm.. mcm2 ragam manusia, aku x nafikan bila ada yg hebat dlm smua hal. tp ingat, manusia ni tak sempurna. ada jugak cacat celanya. cuma kekadang x nampak,Allah jugak Maha sempurna. action kita bersederhana cukuplah. sebab, apa2 dlm Islam pun diajar supaya sentiasa bersederhana. bukanla takleh perform kita punya ability, tapi tgk jugak, kena tak ngan caranya. kalau tak , menjatuhkan air muka sendiri ja. biar jatuh airmata jgn air muka. huhuhu... (sedih cekiwa) 

okaylah. nak buat assignment. nanti aku tulis lagi. sudi2lah baca :)

p/s : marah benci,itu merah,
sayang suka itu hijau,
jika merasa tinggi bah,
berpada2 jangan melampau





:) bismillah


fuh.. berhabuk sudah blog ni. kesian.. mesti sedih blog ni aku tinggal sesorang.baru2 ni mmg busy tak busy jugakla, jadual kelas berubah2, lecturer pun mcm malu2 ja nak masuk buat kelas, n kelas pun mcm banyak ja cancel."class cncel" , "class dismiss", "class abeh awl" tu ja msg yg aku baca kat hp selama hmpir nk sbulan dh kat uitm ni. smangat nak blajar pun dh jd 200%. ni sbb trlalu best nk masuk sem baru, nk nek kan pointer. 


khidupan kat sini. m-a-c-a-m b-i-a-s-a huhu.. p kelas balik kelas, study, makan tdoq,study, makan tdoq. ha, haritu aku p makan kat kedai makanla kan, banyak betul para lelaki, yang merokok, iskkkkkkkk... :( aku boleh sesak nafas. boleh kalau nk merokok,bukan tak boleh,(tapi kan ke haram 0.0) sbb tu hak individu, tp, kan ke yg menghidu ni rasa mcm nk pengsan. sikap skg ni.. cuba jgnla buat camtu..serius, kalau nak merokok p merokok kat lain!!!!! (tak marah, tegur ja.. :) ) takkan plak dh p kedai makan takleh nk makan kat situ, nak bungkus? kedai makan untuk makanla. bukan merokok. aku ada cadangan, why not kalau Malaysia skg buat tempat2 khas utk merokok, kat kawasan sekeliling. isk... sedih aku ngan keadaan camni. Alhamdulillah ayah n adik aku x merokok. mau merokok, aku bakar baju dorang. (baru tau amukan fathin sohaimi) sorry 2 say. kepada perokok diluar sana.. kalau anda jaga hak org lain, org lain akn jaga hak anda. so give n take la. masing2 kena fahamla.jelas? b nice :) peace (^.^)v

p/s : say tanak, rokok musuh, rokok jahat, rokok penjenayah,rokok tak elok, rokok hodoh, rokok tak cute rokok..okay.dah. wassalam

Thursday, 2 August 2012

Bismillah...

Aku menyebut nama Tuhan..
Mengharapkan Tuhan..
Tanpa Tuhan aku jahil akan kewujudan diri..
Tanpa Tuhan jiwaku dungu tak terisi..
Tanpa Tuhan aku seperti bayang-bayang..
Dan hilang..