Friday 8 June 2012

:) Assalamualaikum. okay kat sini kita mulakan ngan Bismillah.. (Dengan Nama Allah) perasan x ada smiley kat depan tu? comey an? ahah! u must pay everything in this world one way n another.there is nothing free. but not for "a smile" rite? senyum slalu :) tak kena bayar pun. 


there r very2 fews American shows these days or any show in the world that is directed towards children.zaman dulu2 suka btl tgk superman,power rangers n ultraman. semua tu hero2 jadian. tapi in reality, sifat2 hero dalam tv tu tak mempengaruhi pun. nk p toilet pun penakut. 4 me, semua org pun hero. tapi untuk jadi hero mcm2 kena lalui. tgk crita rooftop prince (korea yg tgh hot tu) pun mcm2 kena lalui. barula dpt tau rupa2nya Bu Yong tu yang baik, tapi tu cerita la. bukan real. 


Berani itu hero kepada diri sendiri.  Tak ramai yang berani. Tak kurang yang pengecut. Ah! Kesedihan tak mampu membunuh jiwa. Aku melihat, pengalaman dulu membesarkan (dari seorang baby,ke seorang dewasa) tapi pengalaman sekarang mematangkan. Tegas aku cakap, matang tu terlalu subjektif. Sesetengah keadaan kekadang tak memerlukan kematangan pun boleh settle. Rasional tu paling penting. 


Manusia tak mampu bersikap rasional pabila bermacam-macam menimpa  mereka. Kesedihan salah satunya. Kesedihan berlarutan bila menekan jiwa untuk terus bersedih. Kesedihan adalah pilihan. Pilihan manusia untuk bersedih ataupun tak. Sekarang ni, jangan pilih untuk bersedih kalau tamau bersedih. Simple. Tapi. Pilihan tak seiring ngan keadaan. Siapa yang nak bersedih. Tanyalah seorang kanak-kanak berumur 5 tahun sekalipun. Tiada yang mahu bersedih, tapi keadaan memaksa menjadikan kita seorang penyedih. Setelah itu, manusia mula menghukum diri, menjadi penghukum,berlagak menjadi penghukum. Itulah manusia. Sombong! Janganlah bersedih. Hatimu kan terperuk. Jiwamu kan gelisah. Telapak tanganmu kan beku, kakimu kan kaku. Yang paling menyedihkan. Airmata mu tak mampu pun memadamkan api neraka. Jika tangisanmu untuk dunia. Kerana dunia terlalu hina untuk kau tangisi. 


Beranilah! Kerana berani tu hero kepada diri sendiri,dan itu adalah untuk diri sendiri.  bukan untuk orang lain.